Friday, January 28, 2011

xdisangka pemergiannya..


bismillah...


meh aku cerita 1 cerita yg agak mengejutkan aku....

aku dah keje kat TM ni dah setengah taun dah..so dah jmpa org2 yg keje kat cn...salah sorgnya ada satu mamat ni yg agak ciut la..penampilan dia mmg simple dgn stilo giler..pakai mini cooper lg tu beb...dia xemsem..aku ulang lg skali..dia ciut miut..kecik je orgnya..pakai spek..slalu pakai seluar kaki kecik tu..pas2 baju suka pakai kemeja kotak2..rambut depan dia yg susah aku nak citekan kat hmpa...aku slalu nampak dia kat tingkat 1...rupanya dia keje kat c2...slalu nampak dia kat tangga...slalu nampak dia wktu nak balik...rupa2nya dia exec tu...baru 26 tahun...muda lg..

aku bukan suka kat dia...cuma aku suka cara dia, cara dia berpakaian...nak tau benda apa yg paling aku terkejut...dia dah meninggal minggu lepas sbb exident..cian sgt kat dia...

apa hampa rasa kalu org yg slalu hmpa tgok..yg hmpa suka dgn cara dia..tetiba dia dah xdak kat muka bumi ni...sedih kan?...

walaupun aku ni bukan lah sapa2 pada dia..walaupun aku xpenah bercakap dgn dia...tp aku ttp sedih...sbb benda yg xdisangka terjadi...

aku doakan agar roh dia dicucuri rahmat dan ditempatkan dgn org2 yg soleh...aminn...
sesiapa yg terbaca entri ni...marilah sedekatkan alfatihah kepada beliau...




ni email yg aku dapat mengenai pemergian beliau...gambar dia aku xleh nak copy plak...mcm2 benda aku dah try nak masukkan gmbar dia tp xleh jgk...so layan je la email ni...

Warga Kumpulan TM Yang Dihormati Sekalian,

Selamat Sejahtera & ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kita di Kumpulan TM, En. Mohd Zainuddin bin Elias, Penolong Pengurus daripada Unit Network Architecture & Technology, System Technology berumur 26 tahun seperti foto dilampirkan telah kembali ke rahmatullah pada hari Ahad, 23 Januari 2011 bersamaan 18 Safar 1432H, jam 6:00 petang di Hospital Putrajaya kerana kemalangan jalanraya.

Untuk makluman, arwah telah ditimpa kemalangan pada malam Khamis, 20 Januari 2011 yang lalu di Putrajaya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menjalankan tugas di TM Exchange Cyberjaya 2. Akibat kemalangan tersebut beliau telah koma selama 3 hari di Hospital Putrajaya. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada hari ini Isnin, 24 Januari 2011 di kampung halamannya di alamat No. 1123, Jalan Umno, Pontian Kecil, Pontian Johor Darul Ta'zim sebelum Solat Dzohor.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada Syarikat dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

Sekian. Terima kasih.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment